Friday, November 20, 2009
School's last day and Hanis's SPM
But Hanis is not happy obviously since she is now having SPM examination since last Wednesday. Kami doakan semuga Allah mempermudahkan Hanis menjawap semua soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Good luck Hanis....
Thursday, November 19, 2009
Happy 20th wedding anniversary
I bought a present for my wifey. She should be happy....hopefully.
We just had dinner to celebrate....
Thursday, November 05, 2009
5 Nov
Sudah setahun berlalu – tarikh ini pada 2008 ana dan wifey berangkat mengerjakan haji. InsyaAllah kalau diizinkan Allah ana berhajat kembali menunaikan haji. Mendaftar semula pada bulan August lalu – giliran pergi haji jatuh pada tahun 2027, 18 tahun lagi......MasyaAllah lamanya.....
Sunday, October 11, 2009
Open House and Sawah Padi




Saturday, October 10, 2009
Durian




Wednesday, October 07, 2009
PMR 2009
PMR 2009 starts today until next week, 13 Oct 09. Farah NurSyahirah is one of the candidates and we wish her success in her examinations. Go Go Farah…all the best, insyaAllah.
Saturday, September 26, 2009
Friday, September 25, 2009
Brand new Carrefour at BTHO




Thursday, September 24, 2009
Benut @21 Sep to 24 Sep




Sunday, September 20, 2009
Family Gathering @ Puchong
1 Syawal 1430H - 20 September 2009




Saturday, September 19, 2009
Ramadan berakhir dan Syawal menjelma - Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Hari ini hari terakhir bulan Ramadan, 29 hari kita berpuasa. InsyaAllh esok kita akan menyambut 1 Syawal 1430H – selamat hari raya dan maaf zahir batin pada semua. Semuga amal ibadat kita dibulan Ramadan diterima, diberkati dan dirahmati oleh Allah. Rahmat dan redha Allah itulah harapan kita.
Di penghujung Ramadan, Lailatul qadar sekali lagi menjadi topik hangat dalam perbincangan. Topik ini juga membuatkan saya memberi pandangan mengenai konsep relatif yang dihubungkaitkan dengan fakta sains.
Minal`azin wal fa`izin
Friday, September 18, 2009
Universe - the creator, the origin and current state
The creation of universe has been revealed by the Quran 1400 years ago.
1. The Creator (Surah An'am (6), 101)
بَدِيعُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ۥ وَلَدٌ۬ وَلَمۡ تَكُن لَّهُ ۥ صَـٰحِبَةٌ۬ۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَىۡءٍ۬ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (١٠١)
He is the Originator of the heavens and the earth. How can He have children when He has no wife? He created all things and He is the All-Knower of everything[] (101)
2. The origin of the universe (modern science term: The Big Bang) – Surah An'Biya (21), 30
أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ ڪَانَتَا رَتۡقً۬ا فَفَتَقۡنَـٰهُمَاۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ حَىٍّۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ (٣٠)
Have not those who disbelieve known that the heavens and the earth were joined together as one united piece, then We parted them? And We have made from water every living thing. Will they not then believe? (30)
3. Current state - Expanding universe – Surah Adh-Dhariyat(51), 47
وَٱلسَّمَآءَ بَنَيۡنَـٰهَا بِأَيۡيْدٍ۬ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ (٤٧)
With power did We construct the heaven. Verily, We are Able to extend the vastness of space thereof. (47)
The universe always amazed me – it make you think….. Modern science only discover the origin of the universe and it current state (expanding) only recently (20th century) but the Quran has revealed these information more than 1400 years ago. Allahuakhbar…..
Wednesday, September 16, 2009
Asyraf's birthday and Breaking fast
Persepsi relatif - Relative perception
Dalam posting yang lalu:
Contoh 2: Masa
Keretapi melalui stesen dgn perlahan. Pemandu digerabak depan dan jaga (guard) digerabak terakhir. Dua perompak menembak pemandu dan jaga serentak. Penumpang digerabak tengah antara pemandu dan jaga akan mendengar satu tembakan. Tetapi pemerhati distesen yang berdiri berhampiran dgn jaga akan mengatakan dia mendengar dua tembakan, pertama kena jaga dan kedua kena pemandu. Satu situasi tapi dua penjelasan masa yang berbeza. Mana satu yang betul? Dua-dua betul
Kesimpulannya masa adalah relatif dan bergantung kepada orang yang terlibat (pemerhati). Pada penumpang dalam gerabak, tembakan hanya didengar sekali sahaja tapi bagi pemerhati distesen, beliau mendegar dua kali tembakan, pertama tembakan kena jaga dan kedua kena pemandu keretapi. Konsep ini menunjukan masa bergantung kepada persepsi pemerhati – relative perception. Ini berkaitan dengan penjelasan mengenai suatu kejadian itu bergantung kepada "frame of reference" masing-masing.
Banyak ayat dalam quran menerangkan keadaan relative perception ini.
Contoh Surah Al-Mukminun, ayat 112-114
قَـٰلَ كَمۡ لَبِثۡتُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ عَدَدَ سِنِينَ (١١٢) قَالُواْ لَبِثۡنَا يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٍ۬ فَسۡـَٔلِ ٱلۡعَآدِّينَ (١١٣) قَـٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِيلاً۬ۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١٤)
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (112) Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur). (113) Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114)
Contoh Surah Al-Maarij, Ayat 3-4
تمِّنَ ٱللَّهِ ذِى ٱلۡمَعَارِجِ (٣) تَعۡرُجُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ وَٱلرُّوحُ إِلَيۡهِ فِى يَوۡمٍ۬ كَانَ مِقۡدَارُهُ ۥ خَمۡسِينَ أَلۡفَ سَنَةٍ۬ (٤) فَٱصۡبِرۡ صَبۡرً۬ا جَمِيلاً (٥)
Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik. (3) Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). (4)
Contoh Surah Al-Kahfi, Ayat 19
وَڪَذَٲلِكَ بَعَثۡنَـٰهُمۡ لِيَتَسَآءَلُواْ بَيۡنَہُمۡۚ قَالَ قَآٮِٕلٌ۬ مِّنۡہُمۡ ڪَمۡ لَبِثۡتُمۡۖ قَالُواْ لَبِثۡنَا يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٍ۬ۚ قَالُواْ رَبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثۡتُمۡ فَٱبۡعَثُوٓاْ أَحَدَڪُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِينَةِ فَلۡيَنظُرۡ أَيُّہَآ أَزۡكَىٰ طَعَامً۬ا فَلۡيَأۡتِڪُم بِرِزۡقٍ۬ مِّنۡهُ وَلۡيَتَلَطَّفۡ وَلَا يُشۡعِرَنَّ بِڪُمۡ أَحَدًا (١٩)
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? (sebahagian dari) mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (19)
Relative perception ini penting untuk kefahaman/penjelasan hakikat takdir. Bersambung……
Surah Al-Hajj, Ayat 47: 1 tahun akhirat = 1000 tahun dunia
وَيَسۡتَعۡجِلُونَكَ بِٱلۡعَذَابِ وَلَن يُخۡلِفَ ٱللَّهُ وَعۡدَهُ ۥۚ وَإِنَّ يَوۡمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلۡفِ سَنَةٍ۬ مِّمَّا تَعُدُّونَ
Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
Konsep Relatif 2
Sambungan catitan ku pada sahabat…...
Terimakasih kerana memberikan sesuatu perbincangan yang membuatkan kita berfikir.
Menambah lagi untuk perbincangan, mengenai Israk Mikraj pada perjalanan Rasullulah saw itu tidak lagi dalam skala dunia maksudnya ruang, masa dan jisim adalah dalam dimensi lain dari dunia. If we can travel at light speed, you will enter a new dimension. Teori sains mengatakan (time) masa akan bergerak PERLAHAN jika kita travel at light speed - jika dua saudara kembar, satu naik kenderaan roket travel at light speed dan satu lagi tunggu kat bumi, selepas 50 tahun (masa bumi), saudara yang dalam roket itu balik kebumi dia masih muda tapi saudara kembarnya dibumi umur telah bertambah 50 tahun.
Cuba kita kaitkan dengan apa yang kita belajar 1 tahun akhirat = 1000 tahun dunia. So this is explainable as per above. So the key here is that this world is linked with the world hereafter. I am thinking the "nur" is the linkage. Jika Allah izinkan kita dapat secubit ilmu Allah untuk mencapai kelajuan cahaya, subhanallah.....
Untuk kita fikirkan....
Selamat hari raya, maaf zahir batin untuk semua warga expet yang beragama islam.
Konsep Relatif
Petikan – kata-kata ku kepada sahabat untuk tujuan rujukan:
Allah maha besar. Kita di dunia ini skala kita amat terbatas. Ilmu Allah maha luas. Ruang (space) dan masa (time) yang kita lingkungi sangat terbatas. Allah tidak terikat dengan keterbatasan masa dan ruang.
Contoh 1: Ruang (space)
Seorang makan epal dalam kereta yang bergerak. Bagi dia, gigitan epal pertama, kedua ada pada kedudukan yang tetap (tempat yang sama). Tetapi bagi orang yang pandang dia dari luar, nampak gigitan epal pertama dan kedua adalah ditempat yang berbeza. Jadi, mana satu yang betul bagi posisi epal tersebut? So nothing is absolute – semua relative. Hanya ilmu Allah yang absolute. Bagi semua benda yang relative, semua perkara/kejadian itu betul pada tempatnya saja. Dalam kes ini, bagi orang dalam kereta memang benar posisi epal itu tak berubah. Begitu juga bagi orang yang melihat diluar memang benar juga posiisi epal itu berubah. Dua-dua benar – besarnya ilmu Allah.
Contoh 2: Masa
Keretapi melalui stesen dgn perlahan. Pemandu digerabak depan dan jaga (guard) digerabak terakhir. Dua perompak menembak pemandu dan jaga serentak. Penumpang digerabak tengah antara pemandu dan jaga akan mendengar satu tembakan. Tetapi pemerhati distesen yang berdiri berhampiran dgn jaga akan mengatakan dia mendengar dua tembakan, pertama kena jaga dan kedua kena pemandu. Satu situasi tapi dua penjelasan masa yang berbeza. Mana satu yang betul? Dua-dua betul.
Ilmu: Kedua-dua contoh diatas adalah bukti bahawa skala kita kat dunia ini terbatas. Mengikut kajian sains, yang terbatasnya ialah kelajuan cahaya (speed of light). Allah telah menjadikan kelajuan cahaya itu tetap (constant). Sebab tetapnya kelajuan cahaya ini menjadikan semuanya relative. Ruang dan masa semuanya ada hubung kait dengan kelajuan cahaya. Dalam peristiwa israk – tunggangan Rasullallah - bura’ - lajunya melangkaui kelajuan cahaya. Bila rasullallah mikraj kelangit – ketika itu ruang dan masa sudah tak ada batas lagi atas izin Allah.
Kajian sains menunjukan, jika kita boleh mencipta kenderaan melangkaui kelajuan cahaya, masyaAllah kita akan dapat menyaksikan kehebatan Allah. Soalan – bolehkah ini berlaku?
Sunday, September 13, 2009
Saturday, September 12, 2009
Tersilap
Ini Aiman, dia tersilap tekan...nak ambil gambar tapi terambil video.....jangan heran aiman....tengok macam panik je....
Bunga and Aiman
Friday, September 11, 2009
Tazkirah 20 ramadan - Malam 21 Ramadan
Malam semalam (20 Ramadan – malam 21 Ramadan), tazkirah Ramadan disampaikan oleh Ustaz Johari Wahab dari Pulau Pinang. Dua perkara penting yang disampaikan ialah:
- Ikhlas – semua perbuatan dan amal ibadat kita mesti ikhlas kerana Allah semata-mata.
- Ikut sunnah Rasulullah – amal ibadat kita mestilah mengikut cara Rasullullah saw – Nabi Muhammad.
Penjelasan Ustaz panjang tapi itulah 2 asas penting yang hendak disampaikan. Semuga saya dapat amalkan, insyaAllah.
Wednesday, September 09, 2009
09.09.09
19 Ramadan 1430H bersamaan 9 September 09.
Menghampiri 10 hari terakhir Ramadan - Fasa 3
Selamat mengiatkan lagi ibadat tuan-tuan semua.
Sunday, September 06, 2009
Saturday, September 05, 2009
Estima went for service
Wednesday, September 02, 2009
Fasa 2 Ramadan
Sedar tak sedar hari ni telah 12 hari berlalu Ramadan. 10 hari kedua dalam Ramadan ialah fasa keampunan dari Allah. Allah menjanjikan keampunan pada hambanya yang bertaqwa. Fasa pertama iaitu 10 hari pertama adalah fasa limpahan rahmat dari Allah . Fasa ketiga, 10 hari terakhir dalam Ramadan ada fasa pembebasan dari api neraka. Selamat beribadat dengan istiqamah.
Monday, August 31, 2009
@Benut 29 Aug to 31 Aug
Visited in-laws in Benut from Saturday 29 August. Bazaar Ramadan di Pekan Benut meriah sekali. Kuih-muih kebanyakannya 4 biji satu ringgit – masih murah. Terawih dua malam di Masjid Sg Besar, Benut. On Sunday, Aiman, Aliah and myself ronda2 di Pontian – singgah kat Billion, beli Pizza di Pizza Hut untuk buka puasa.
So, we celebrated Malaysia’s Merdeka @ Benut this year. We just arrived back in KL around 1.20pm.























